Sunday, November 29, 2009

Musim Tengkujuh Masa Untuk Menjala.

Minggu lepas, hujan berhenti selepas hampir seminggu hujan sepanjang hari.
Masa yang ada diluangkan bersama adik-adik.


Humaira dan Zahirah.

Bersama jala kesayangan.

Mudah-mudahan ada ikan.

Ada la sikit-sikit.

Hasil dibawa ke darat.

Zahirah, Sabariah dan Humaira tolong uruskan.

Mereka Sungguh gembira.


Sekian.

Thursday, November 12, 2009

Wajah Suci



Semoga kita semua terselamat dari fitnah akhir zaman...

Friday, October 09, 2009

Kenyataan Media Berkaitan Isu Penempatan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan pendirian dan pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hasil perbincangan bersama semalam. Berikut merupakan kenyataan yang dihantar ke UPSIkini.

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)8 OKTOBER 2009
Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.
Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.
Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :
• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.
• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.
• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.
• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.
Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.
Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Nor Aqilah hanis Bt Mohd Yusof
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Thursday, October 01, 2009

Selesai Sudah...


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga praktikum selama 14 minggu di Sek. Keb. Behrang, 25 Mei - 18 Sept 2009. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang ditimba. Melebihi apa yang telah dipelajari 7 semester sebelum ini. Terima kasih kepada pihak sekolah, Cikgu Rozila (guru pembimbing), Cikgu Liza (pembantu pra), Prof. Emeritus Dato' Isahak Haron (pensyarah penyelia) dan yang paling utama semua murid prasekolah SK Behrang. Semoga bertemu lagi dan semoga berjaya kepada murid-murid semua. Hanya Allah jua yang membalas jasa kalian.

Friday, September 25, 2009

SALAM 'IDULFITRI

SEMOGA ANDA SEMUA CERIA BERSAMA KELUARGA DAN SELAMAT KEMBALI KE UPSI.

Saturday, September 05, 2009

MPP perlu Buat AGM

Gambar hiasan.

Saya telah mencadangkan kepada YDP agar MPP melakukan Mesyuarat Agung untuk membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang satu penggal pemerintahan. Ianya seperti persatuan lain tetapi peralihan kepimpinan adalah melalui pilihanraya kampus.

Cadangan ini juga mengambil kira setiap mahasiswa yang berdaftar di UPSI perlu membayar yuran khusus untuk MPP iaitu RM80.00 setiap orang. Maka setiap mahasiswa berhak untuk mengetahui sejauh mana penggunaan wang tersebut untuk mereka. Setai kali sesi pengambilan akan membawa masuk ratusan ribu wang ke akaun tabung amanah MPP. Pada awal Januari lalu MPP mempunyai lebih RM500,000.00 dalam akaunnya.

Saya juga dimaklumkan MPP lain seperti UIA akan mengadakan AGM setiap tahun, walaupun mereka hanya diberi bajet RM20,000 sahaja untuk satu sesi pemerintahan.

AGM ini juga akan membuka ruang seluas-luasnya kepada semua mahasiswa untuk bersoal jawab secara terus dengan pimpinan yang dipilih pada pilihanraya lalu. AGM ini juga akan menjadi medan untuk pimpinan menerima teguran dan boleh meminta maaf kepada mahasiswa andaikata terdapat disana hak rakan mereka telah diabaikan selama satu penggal pemerintahan ini.

Sesungguhnya MPP adalah satu MAJLIS PERWAKILAN yang fungsinya melangkaui persatuan biasa yang boleh membawa usul sehingga ke peringkat nasional. Apa yang MPP kita bawa ke persidangan MPP kebangsaan yang lalu? Semua orang tidak tahu. Maka AGM adalah medan terbaik untuk kita menyatakan semua usaha yang telah dijalankan secara terus kepada mahasiswa.

Saya bimbang jika MPP tidak bersikap telus kepada mahasiswa, maka pilihanraya kampus akan hanya menjadi satu permainan untuk meraih populariti dan mengaut keuntungan peribadi.

Semoga cadangan ini membawa kebaikan untuk semua pihak.

Friday, September 04, 2009

Kepimpinan Mahasiswa UPSI Perlu Berani

Bulan lepas beberapa persatuan yang aktif di kampus telah membuat Mesyuarat Agung persatuan masing-masing. Tahniah kepada kepimpinan persatuan yang berjaya mengkaderkan pelapis untuk meneruskan agenda perjuangan masing-masing. Namun adakah perjalanan organisasi yang dipimpin selama ini benar-benar menepati idealisme orang muda yang digelar mahasiswa?

Gerakan mahasiswa di setiap organisasi adalah berbeza-beza mengikut acuan yang dibentuk pimpinan yang dilantik dalam organisasi itu. Istilah gerakan mungkin kurang tepat jika organisasi itu hanya mengulang-ulang skrip lama yang ditinggalkan oleh kepimpinan sebelumnya tanpa melakukan penambahbaikan yang benar-benar menepati istilah gerakan. gerakan yang benar-benar berkesan akan memberi kesan kepada mahasiswa, universiti dan masyarakat.

Setelah 8 semester berada di UPSI hampir 9 bulan dalam MPP, saya melihat perlunya ada satu sistem yang melatih kepimpinan mahasiswa di setiap peringkat bermula dari kumpulan membuat tugasan pensyarah, kolej, persatuan sehingga ke peringkat tertinggi organisasi gerakan mahasiswa, MPP. Apa yang saya lihat, kebanyakan pemimpin yang dilantik tidak melalui satu sistem latihan kepimpinan yang tersusun, bermula dari seseorang itu menjejak kaki ke pintu persatuan sehingga ia memegang tampuk pemerintahan. Lebih malang lagi jika ia dilantik atas dasar kroni Majlis Tertinggi persatuan. Hasilnya, lahirlah pemimpin mahasiswa yang lesu dan hanya meneruskan skrip yang ditinggalkan pimpinan lama.

Apa sebenarnya keperluan mahasiswa? Pada saya, setiap mahasiswa perlu dicabar minda intelektualnya agar ia benar-benar berfungsi sebagai orang muda yang kritikal dan responsif. Tidak semua orang terpilih untuk berada di universiti. Masyarakat menaruh harapan tinggi agar orang muda yang masuk di universiti inilah yang akan memimpin negara suatu hari nanti. Amat malang jika mahasiswa yang berada disini masih sama pemikirannya dengan rakan-rakan mereka diluar. Dunia kampus, adalah dunia idealis. Kadang-kadang saya pelik, mengapa sebahagian besar mahasiswa UPSI berfikir seperti orang tua yang telah lama berada di alam pekerjaan, berkeluarga dan beranak pinak. Tidak idealis malah sangat penakut untuk beridealis. Segalanya dilihat pada kaca mata pentadbiran. bukan pada pandangan mahasiswa yang tulen.

Kata pujangga "ramai orang boleh jadi pemimpin, tetapi tidak semuanya boleh memimpin..."

Semoga kepimpinan baru mahasiswa sesi ini boleh mengubah keadaan ini. Selamat berjuang!

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template