Alhamdulillah,
keputusan UPSR telah diumumkan pada 14 Nov 2013 lalu. Tahniah kepada mereka
yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang telah berusaha
bersungguh-sungguh tetapi keputusan yang diperolehi tidak seperti yang
diharapkan, anda juga berhak mendapat ucapan tahniah dan syabas diatas
kesungguhan anda. Namun, bagi mereka yang sememangnya tidak berusaha atau ala
kadar sahaja, anda perlu bermuhasabah, kerana sikap yang anda tunjukkan
sekarang akan mempengaruhi kehidupan anda di masa akan datang.
Walaubagaimanapun,
perlu ditekankan disini adalah UPSR bukan penentu sebenar masa depan anak.
Bukan semua orang mampu dinilai hanya pada kemempuan menjawab soalan di dalam
kertas ujian. Apa yang penting, sikap
dan pemikiran yang dipegang dalam hidup adalah sangat mempengaruhi kehidupan
akan datang. Dengan itu, ibu bapa dan para pendidik hendaklah memastikan
anak-anak sentiasa dididik untuk bersikap amanah, rajin brusaha, tidak berputus
asa, suka berkhidmat dan sebagainya. Mudah-mudahan mereka akan menjadi insan
berjaya, walaupun pada awalnya mereka tidak termasuk dalam golongan yang
mendapat 5A dalam UPSR!
0 comments:
Post a Comment