Ketika saya sedang mengajar di kelas Firdaus (6 tahun), sebahagian murid balik awal iaitu 11.30pg dan ada yang tinggal di nusery dan balik lewat petang selepas waktu pejabat. lebih kurang 11.30pg la, tetiba seorang kanak-kanak perempuan dari kelas Adnin datang kepada saya "cikgu, selipar saya ada atas atap!". segera saya ke tempat yang diberitahu.
sebenarnya tadika ini 2 tingkat. kelas untuk kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun kat atas. selipar itu ada atas atap sebelah tangga nak turun kebawah. Rupanya ibu kepada murid itu dah datang dan tengok la saya yang sedang berkira-kira nak menjadi hero pada masa itu.. "Tas, tak pelah ada satu lagi sliper kat rumah, esok cikgu ambilkan'' kata ibunya. oleh kerana ramai sangat budak-budak yang berkeliaran kat tangga tu dan bimbang tentang keselamatan mereka apalagi ada ibu bapa yang dah datang ambil anak mereka, saya pun berkata "masuk kelas semua, balik nanti cikgu ambil".
"kenapa cikgu tak ambil sekarang?" tanya seorang murid. dengan lembut saya berkata "superman tak boleh tunjuk depan orang, nanti bila semua orang dah balik, cikgu pergi toilet lepas tu bukak baju jadi superman terbang pegi ambil selipar tu...".
ramai yang tak percaya kata-kata saya, tapi... semasa saya nak masuk kembali ke kelas Firdaus, datang 2 orang murid datang mendesak saya "Nak tengok!! nak tengok!! bukak sekarang la cikgu..." kata mereka. "Nak tengok apa?" tanya saya kehairanan. "Nak tengok baju superman cikgu!!!"
Teruja saya dibuatnya. saya terpaksa juga berkata dengan lembut tetapi tegas "Superman tak boleh tunjuk kat orang..."
Balik dari sekolah selepas ajar solat zohor secara berjamaah kepada kanak-kanak yang balik lewat, saya singgah ke masjid negeri yang selalu masuk TV tu semasa waktu azan... selepas solat saya terfikir, best jugak kalau saya betul-betul boleh jadi superman dan muncul melalui tingkap kat kelas tingkat atas tadika itu.....
Moral of the story: saya selalu berpesan kepada murid-murid saya "Tak baik menipu, Tuhan tahu kalau kita tipu, malaikat tulis apa yang kita buat!"
0 comments:
Post a Comment