Monday, May 15, 2006

Satu Perjalanan

Selepas persembahan teater awal kanak-kanak berakhir, maka berakhirlah perjalanan sepanjang semester pertama di UPSI...bermakna saya perlu melalui 7 semester lagi untuk mendapat ijazah dalam bidang ini.
Pada 9 Mei 05, bersama seorang sahabat yang amat rapat dengan saya, kami telah 'bercuti' ke satu tempat yang amat indah dan mendamaikan jiwa. kosnya hanya duit minyak moto sahaja, penginapan disediakan dan makan 3 kali sehari diberikan secara percuma. yang pastinya percutian 4 hari 4 malam yang kami lalui begitu sukar dilupakan.
kami ke satu daerah yang agak terpencil dan terasing dari dunia luar. tiada bekalan elektrik (apabila tiba waktu solat, generator akan dihidupkan)... secara mudahnya ia adalah tempat 'pembuangan suci' yang mendamaikan. kebanyakan penduduknya adalah pesakit mental, anak2 kecil, remaja bermasalah, penagih dadah, pendatang indonesia dan orang alim.
seorang anak kecil, saya namakan MFD, ibu bapanya bergaduh (baca berpisah), berusia 8 tahun, adik perempuannya 3 tahun dan ibunya tinggal disitu. yang mengharukan saya adalah ibunya yang gila! Alangkah besarnya kasih sayang Allah, dalam dunia yang manusia yang semakin hilang perasaan kekitaan, masih ada insan yang sanggup menerima mereka...tanpa bayaran atau apa-apa syarat. malah tidak bergantung pada mana-mana pihak kerajaan atau swasta.
hidup disana sungguh mudah dan ringkas...kita boleh sahaja melupakan apa sahaja yang berlaku yang diluar sana. satu tempat yang kerjanya hanya memperbanyakkan ibadah pada Tuhan....masih terngiang-ngiang alunan zikir yang begitu mendamaikan...walaupun 2 orang anak muda telah melarikan diri pada malam terakhir kami disitu!

1 comments:

Anonymous said...

semoga Allah sahaja yang membalasnya.

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template