Saya menerima jemputan dari sahabat sekuliah, Ca'on (bukan nama sebenar) yang tinggal di felda trolak. untuk berbuka puasa di rumahnya petang semalam Ini adalah salah satu peristiwa penting yang saya kira perlu dicatatkan disini. mungkin ini akan jadi catatan sejarah yg sukar ditemui di tahun2006 ini.
Cadangan asal hendak bertolak lepas asar tetapi lewat sikit kerana menanti saya dari KHAR datang ke proton city. Sebuah kereta iswara aeroback dipandu sendiri oleh Ca'on, 1 motor honda EX5 (lutfi), 125Z (zulhilmi) dan saya menunggang kuda biru kesayangan saya WGA 4638. Dalam kereta terdapat 3 orang penumpang iaitu Radzhi, syawal (yang bakal tiba minggu depa) dan abg Iswadi.
Pada mulanya saya menyangka rumah Ca'on ni dekat je, rupanya agak jauh juga, maklumlah bulan puasa, kuda saya mana larat nak berjalan jauh. kami singgah di pekan Slim River isi minyak kat Shell, ada yang ambil kesempatan beli air utk berbuka nanti.
Kami sampai agak awal, belum pukul 6.30ptg lagi. Duduk lepak dulu kat ruang tamu. Saudara Iswadi pandai mencari tajuk bersembang dengan bapaknya Ca'on, maklumlah pak mertua dia org felda gak. Saya sekadar mendengar saja sebab tak tahu sangat bab ladang kelapa sawit ni. Saudara Zulhilmi asyik bermain dengan anak buah Ca'on yang semestinya comel dan cute. Memang sesuailah benorlah zulhilmi ni ambil kos PAKK kat UPSI ni.
Azan dalam TV utk wilayah persekutuan dah masuk. kami pi ke ruang makan, segalanya dah terhidang. "sini dah masuk waktu belum?" kami bertanya. "sampai dekay hayya'alassolah tu dah kira oklah" jawab Ca'on. itulah pertama kali saya mendengar cara orang mengira waktu berbuka dengan cara ni.
Saya benar2 kagum dengan layanan yang diberikan. Antara hidangan yang sempat saya ingat adalah kuih muih seperti kuih lapis, buah melaka atau onde2 atau lebih tidak popular dengan nama buoh kacik chaa, kuih lopes, kuih gulung dan byk lg. Lauk pulak ayam golek, tom yam, ayam masak tumis, gulai ikan patin, kerabu,sambal belacan, ikan goreng, sayur nangka, dan apa lagi ek? ringkasnya banyak la yang dihidangkan.
Minuman pulak air tebu, air teh o dan air masak. Buah-buahan pula tembikai , jambu batu tanpa biji dan yang ada biji.
Ayam golek adalah yang pertama sekali habis dikerjakan diikuti lauk pauk yang lain, kalau tak silap Radzhi orang terakhir yang menyambar ayam tersebut. "melepas aku!!". Last skali kami main ratah je sebab dah hampir penuh tangki diisi. Buah tembikai habis dimakan, potong yang lain utk kami. "tambah nasik...tambah, jangan malu" kata tuan rumah. masalahnya kami dah tambah 2 kali setiap orang, tapi nasi masih banyak kerana ada beberapa orang yang tak datang. "tak ada rezeki diaorang" kata bapaknya ca'on. kata org terengganu "se'eh sapa peruk buke pose hari tu".
Lepas Terawih (Sudah tentu Abg Iswadi jadi imam sebab dia dah kawin-lebih afdal), kami sambung lagi makan kuih muih yang balance tadi. Saudara zulhilmi masih terkenang air tebu berbuka tadi kerana dia baru minum segelas je. Habis licin kuih kami makan. Sdr Ca'on siap potong buah jambu 2 kali hidang, semuanya habis dimakan.
Kesimpulannya, walaupun jauh perjalanan yang saya terpaksa tempuhi hari itu, saya sangat terkesan dengan layanan yang diberikan. Kekenyangannya masih terasa hingga sekarang seperti yang diungkapkan oleh saudara zulhilmi "makan kenyang sampai hari kita balik khamis ni (4 hari) tak payah makan". Terima kasih banyak2 saudara Ca'on dan keluarga. semoga anda sekeluarga dilimpahkan rahmat dan dimurahkan rezeki.
Puasa tahun depan kami datang lagi!!
Monday, October 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment