Sunday, November 12, 2006

Sambutan Hari Raya & Penyampain Sijil TBK Desa Batman

Semalam saya menunggang kuda WGA4638 bersama seorang teman meluncur laju ke Desa Batman bagi memenuhi jemputan Cikgu Ira. Terima kasih kepada saudara Hakim yang sudi bersama saya kesana. Kami dan Sham diberi kepercayaan menjadi panel hakim pertandingan pakaian beragam pada hari itu.

Sebenarnya kisah saya dengan TBK Desa Batman (bukan nama sebenar) bermula pada sem lepas. Masa tu saya sudah kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan Bacaan Awal Kanak-kanak. Saya dipertemukan dengan seorang sahabat dari kursus PSR yang kebetulannya ibu beliau adalah guru di TBK Desa Batman. "Bagaikan orang sakit perut di tunjukkan tandas" (Peribahasa ini kurang sesuai utk cikgu). Betapa bersyukurnya saya ketika itu. Sejak dari itu Desa Batman seakan-akan sebahagian dari kisah saya di Tanjong Malim ini. Walaupun saya telah selesai membuat tugasan bacaan (hantar lewat 3 minggu!), saya tetap mengunjungi TBK tersebut. Semester ini shj 5 kali saya kesana. Bercerita dengan kanak-kanak, gotong-royong, 'wakil' UPSI semasa lawatan panel penilai jawatankuasa TBK terbaik (Johan Kebangsaan), hakim pertandingan perarakan Hari Kebangsaan dan yang terkini Sambutan Hari Raya dan Penyampaian Sijil Kecemerlangan.


Tahniah kepada adik K.Nisha yang menjadi pelajar terbaik tahun ini. Tahniah kepada warga Desa Batman yang menerima kunjungan rombongan dari Jakarta Khamis lalu yang ingin melihat secara lansung TBK terbaik peringkat kebangsaan tahun ini. Anda semua memang hebat!

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
ini kali kedua saya ke sini. tahniah diatas penghasilan blog ini. catatan yang baik, walaupun hanya berkisar kehidupan peribadi.

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template