Wednesday, October 31, 2007

Bercerita

Saya ke Tabika Kemas Kg Kelawar pg tadi. Semester ni, ini adalah kali pertama saya kesana. Kanak-kanak disana sentiasa ceria menyambut kedatangan saya. Mereka sedang menjalani peperiksaan akhir tahun ni. Hari Ahad ni konvokesyen. Pukul 11.00pg habis peperiksaan tersebut.

Saya membaca 2 buah buku cerita untuk mereka iaitu Singa Yang Tamak dan Lembu Jantan dan Kerbau Jantan (kalau tak silap). Lepas tu saya persembahkan 3 silap mata yang baru saya pelajari dari video You Tube. Silap mata Syiling Masuk Dalam siku, Lidi Hilang Dalam Jari dan Syiling Masuk dalam Botol.

Sebelum balik Cikgu Ira berkata "Arif kalau mengajar nanti macam mana ya?". Ternyata beliau memerhati kanak-kanak yang tak mampu saya kawal.

"Ada masa kita boleh bergurau, tapi ada masa kena tegas..nanti diorang tahu la ada masa bergurau, ada masa serius".

Saya mengucapkan terima kasih pada Cikgu Ira atas nasihat yang diberikan. Beliau adalah pelajar terbaik semasa mengikuti kursus guru Tabika Kemas di Terengganu dulu. Keratan Akhbar tentang kejayaan beliau ada dipaparkan di tadika tersebut.

Insyaallah saya akan cuba perbaiki keadaan tersebut.

2-8-9(1) KHAR,
31.10.07

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template