Alhamdulillah, dalam perjalanan hidup ini, saya dipertemukan dengan sahabat yang banyak memberi makna dalam hidup. Antara sahabat yang memberi kesan adalah saudara Mahmud bin Yaacub. Lahir pada 8 Jun 1983, tinggal di Parit Yusuf, Muar Johor. Saya sendiri pernah sampai ke rumahnya dua kali. Pertamanya ketika ayahnya meninggal (semoga Allah merahmatinya) dan ketika hendak menunggu hari konvokesyen Diploma di UTM skudai. Saya bermalam disitu.
Selepas mendapat keputusan SPM yang agak baik, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UTMKL dalam program Diploma Kejuruteraan Aeronautik. Pada semester pertama dan kedua saya tinggal di kolej Pertama. Disinilah saya bertemu dengan sdr mahmud yang mengikuti pengajian Diploma Mekanikal. Saya tinggal di bilik B-44, sementara mahmud di bilik B-49 kalau tidak silap saya. Antara sebab kami menjadi akrab mungkin adalah kerana kami mempunyai minat yang sama iaitu mengikuti kuliah agama. Di UTMKL diadakan kuliah agama pada setiap hari isnin dan khamis. Biasanya kami berbuka puasa bersama.
Ringkas cerita, pada semester 3 dan 4 kami tinggal serumah di Jalan Kent 2 off Jalan Maktab, di belakang kampus. Pada waktu itu saya belajar memandu motosikal. Saya banyak bersama mahmud yang baru membeli motosikal. Plat motosikalnya masih saya ingat BGL 1989. Akhirnya saya sendiri pun membeli motosikal pada semester 5.
Bagi saya sdr mahmud memiliki kelebihan tersendiri. Saya sendiri sedikit sebanyak terpengaruh dengannya. Termasuklah cara beliau membawa motosikal. Sdr Mahmud memiliki ketegasan yang tinggi dalam membuat keputusan. Tidak mudah berubah dengan pandangan ataupun persekitaran. Maka saya tidak terkejut apabila beliau berkahwin jauh lebih awal dari saya.

Bersambung.....
3 comments:
Cerita la lagi.... ni mesti best ni
Ha! Kan bagus kalu ada blog.....boleh kogsi-kogsi cerita. lama dah tak update ni Cikgu kena ragin sikit gi siber cafe le ye....
ni kisah benar ni. Kalau boleh jgn. jadi macam cerita bawang puteh bawang merah. tak larat nak buka internet sbb x de streamyx...he he he
Post a Comment