Wednesday, August 20, 2008

Cuti Pertengahan Semester sem 6

Alhamdulillah, pada sabtu lalu (16/8/08) saya dan 2 orang sahabat UPSI (Fadhiri dan Hanif) berkesempatan mengikuti kursus yang diberi nama “SOUL POWER”. Program anjuran PEKEMAT Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Kursus tersebut berjalan sehari. Sebelah pagi dengan pengenalan kepada asas meditasi dan petangnya dengan beberapa praktikal meditasi.

Walaupun yurannya agak tinggi, kursus ini agak menarik. Terdapat beberapa perkara baru yang dipelajari. Antaranya di Barat (knp barat?) bagi membongkar potensi seseorang, mereka sudah beralih dari MOTIVASI (yang bersifat input luaran) kepada MEDITASI yang memfokus kepada dalaman setiap individu. Selain itu, panduan dan galakan supaya sentiasa berkomunikasi dengan Allah sangat bermanfaat kerana asas bagi CINTA adalah KOMUNIKASI.

Saya juga mengesyorkan anda melawat nasohatalks.com yang memperkenalkan selftalk theraphy atau terapi percakapan. Apapun kursus tahniah kepada sahabat2 Darul Quran yang berjaya menganjurkan program sehebat itu dan terima kasih kerana menjemput kami. Allahu yubarik fik!

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template