Monday, October 20, 2008

Manifesto Saya :Pendidikan Islam Subjek Teras Universiti

Sebenarnya, kebajikan itu sangat luas. Ia merangkumi akademik, kerohanian, jasmani, sahsiah dan infrastruktur. Dalam kempen mpp kali ini, kesemua calon memperjuangkan kebajikan terutama dari aspek akademik dan infrastruktur. Tahniah buat anda semua.

Oleh itu, saya memilih untuk memfokuskan perhatian warga upsi kepada aspek kerohanian. Saya terpanggil untuk menimbulkan isu ini apabila mendapati ia telah dilaksanakan di politeknik. Sedangkan mereka yang berada di aliran teknikal yang akan berdepan dengan mesin, enjin, bangunan dan elektrik pun memerlukan pengisian rohani, inikan pula kita bakal pendidik yang akan berdepan dengan manusia.


Apa pandangan anda selaku bakal pendidik?

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template