Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk balik ke kampung baru-baru ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai salah seorang pengundi di Parlimen Kuala Terengganu. Inilah kali pertama saya balik kampung hanya dalam tempoh 24 jam sebelum bertolak kembali ke Tg. Malim.
Suasana pilihanraya kecil tentunya sangat berbeza dengan pilihanraya umum. Saya mengambil peluang ini bertemu rakan-rakan yang bertugas sebagai jentera mahupun peraih undi bagi calon yang bertanding, sama ada PAS atau UMNO, tetapi tidak dengar lagi yang bertugas untuk calon bebas (lambang buku).
Memandangkan AUKU melarang keras saya terlibat dengan mana-mana parti, ini tidak bermakna saya tidak boleh ambil tahu langsung apa yang berlaku di tanah air apalagi di tempat kelahiran saya sendiri. Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengikuti perjalanan (pilihanraya kecil) PRK P036 ini dari proses pembuangan undi sehingga keputusan diumumkan.
Saya membaca risalah-risalah yang sampai ke pintu rumah saya beberapa hari sebelum mengundi. antara slogan-slogan yang lucu sempat diperhatikan "PAS KLUK KLEK", "CALON PAS DOK ROK CETONG", "TERENGGANU KITE HOK KITE" dan juga kabinet bayangan kerajaan Pakatan Rakyat apabila memerintah Malaysia yang diterima tengah malam sehari sebelum mengundi. Bagi saya, semua maklumat ini boleh di baca tetapi perlu merujuk orang yang boleh dipercayai untuk mendapatkan kepastian.
Sebagaimana yang kita semua ketahui, Haji Wahid Endut telah memenangi PRK P036 dengan majoriti 2,632 undi. malam itu anak-anak muda berarak di seluruh bandaraya Kuala Terengganu dengan membawa bendera PAS. 'Orang luar' yang menyokong PAS pulang dengan hati riang mengibarkan bendera pada kereta masing-masing disepanjang lebuhraya. Saya hanya jadi pemerhati, tidak berpeluang untuk bersedih mahupun bergembira lantaran terikat dengan AUKU.
Apa yang saya dapat simpulkan dari PRK P036 ini, transformasi politik memang sedang berlaku di negara kita, sama ada ianya dari kesedaran lantaran ledakan maklumat yang boleh diakses di mana-mana ataupun penolakan rakyat kepada parti pemerintah. Walau apapun yang berlaku, sebagai seorang mahasiswa, saya amat mengharapkan transformasi ini berlaku di atas kesedaran berdasarkan kefahaman yang jelas dan ilmu yang sahih, bukan kerana gejolak emosi lantaran provokasi mana-mana pihak.
Transformasi intelektual seharusnya berlaku di universiti. Pensyarah, mahasiswa dan pentadbiran seharusnya sedar keadaan ini dan bersedia untuk mendidik masyarakat ke arah itu. Bakal-bakal guru keluaran UPSI seharusnya adalah insan yang paling bersedia untuk menjadi agen transformasi dalam masyarakat. Penuhilah ilmu sepanjang 4 tahun berada di sini, terlalu besar cabaran menanti kita di luar sana!

1 comments:
Salam..akhi,time ksh jmput ana utk program baru2 ni..Tahniah,ana baru tahu nta pgg MPP UPSI.K,selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Post a Comment