Saturday, June 13, 2009

BI Syarat Wajib Lulus SPM

Saya tertarik dan bersetuju dengan pandangan penyelia praktikum saya, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron (gambar) mengenai isu BI ingin diwajibkan sebagai syarat lulus SPM (klik disini).

Niat Menteri Pelajaran kita memang baik, iaitu ingin pelajar kita bersungguh-sungguh dalam mempelajari BI. Namun, perkara ini perlu dibincang secara profesional dan melibatkan tokoh-tokoh akademik supaya ianya benar-benar masak.

Apakah sistem pembelajaran BI perlu diubah atau BI diwajibkan untuk lulus SPM? Mana yang lebih utama dan berkesan untuk pelajar kita. Dunia globalisasi hari ini semakin cepat berkembang. Mungkinkah akan berlaku lagi revolusi kali ke-2 dalam sistem pendidikan kita?

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template