Saturday, June 20, 2009

Kenangan di Kemboja 1

Alhamdulillah, kami (19 orang) telah selamat dalam melaksanakan misi Baktisiswa Antarabangsa Malaysia - Cambodia 1 - 8 Jun 2009. Sedikit catatan yang boleh dicoretkan disini adalah seperti berikut.

Kami tiba di Lapangan Terbang Pnom Penh, disambut oleh Ustaz Hassan Basri Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kemboja (PKIK). Segala urusan di permudahkan, kami tidak perlu beratur untuk check in. Dari airport, kami terus ke Kg. Tropang Ler, Takeo. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam cukup memenatkan kerana jalannya lurus tetapi sangat tidak rata.

Sampai di Kg Tropang Ler jam 9.00 malam, penduduk kampung dah menunggu dan menyambut kami dengan ramah sekali. Kami dijamu dengan makan malam dan sedikit taklimat dari Ustaz Hassan tentang aktiviti yang akan dibuat disitu. 2 buah rumah disediakan untuk peserta.

kampung ini sederhana. Ada kemudahan elektrik, pam air dan tandas. Masjid agak besar dan sebuah madrasah dengan 2 orang guru (Ustaz Ramle dan Ustaz Muhammad Soleh). Madrasah ini berfungsi memberi Pendidikan Islam kepada kanak-kanak kerana di sekolah kerajaan tiada Pendidikan Islam. Kanak-kanak akan datang ke madrasah diwaktu pagi (7 - 10 pagi) dan pergi ke sekolah harian di sebelah petang. Begitu juga yang datang ke madrasah di sebelah petang.

Kami berada di Kg. Tropang Ler sehingga 4 Jun 2009. Aktiviti yang dijalankan disana adalah :
  1. Mengecat Madrasah.
  2. Mengecat Dewan.
  3. Mengajar BI, BM, Berus Gigi dan cara-cara cuci tangan.
  4. Mengagihkan sumbangan baju, Al-Quran dan telekung.
  5. Memberi sumbangan atap baru kepada 4 buah rumah.
  6. Memotong kuku kanak-kanak.
Kami juga melawat kampung-kampung lain. Terdapat 5 buah kampung yang dilawati dengan menaiki bot, tiada pengangkutan darat ke sana. Kami juga melawat 4 buah kampung di selatan Pnom Penh pada 5 Jun dan 5 buah Kampung di sebelah utara pada 6 Jun 2009.

semua kampung yang dilawati adalah kampung umat Islam, sebahagiannya terpaksa menyewa tanah dan tidak kurang juga yang menetap dalam perahu! Sukar untuk membayangkan jika saya berada di tempat mereka, bekerja untuk hidup "kais pagi makan pagi, kais petang makan malam".

Sebahagian kampung juga masih tidak mempunyai tandas, kalau adapun tak ada paip atau dalam semak sahaja. di sesetengah tempat, rumah sangat tinggi kerana musim banjir air akan naik sehingga lebih 10 meter.

Beberapa bahasa Kemboja yang sempat saya pelajari :

"cemuh ai?" bermaksud "siapa nama awak?"
"Knyom cemuh..." bermaksud "nama saya..."
"sok sabai teh?"
bermaksud "apa khabar?"
"arunnusu sudai..." bermaksud "selamat pagi"
"aryuk parman?"
bermaksud "berapa umur awak?"
"jun houh" bermaksud "kapal terbang"
"Loo" bermaksud "bagus"

Sebutan nombor pula adalah seperti berikut :
  1. moi
  2. pie
  3. bai
  4. bon
  5. pram
  6. pram moi
  7. pram pie
  8. pram bai
  9. prm bon
  10. dhob
  11. dhob moi
  12. dhob pie.... dan seterusnya.
Pada hari terakhir ini, kami menziarahi kedutaan Malaysia. Pegawai kedutaan, Encik Mohd Fadzil (Third Secretary) dan pegawai imigresen En Fuad dan En Anuar meluangkan masa bersama kami kira-kira 1 jam. Beberapa perkara yang diingatkan apabila berada di negara orang:
  • Laporkan diri di kedutaan, segala perkara berlaku kepada rakyat Malaysia akan dirujuk kepada kedutaan.
  • Apa sahaja aktiviti yang dibuat, harus mengambil kira sensitiviti pemerintah. Elakkan menyentuh hal yang sensitif.
  • Bandingkan dengan keadaan negara kita. Setiap negara ada kelebihan.
Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Hassan Basri yang menguruskan perjalanan kami, Abang Karim selaku pengiring dan penterjemah kami, pemandu coster dan semua yang terlibat. Semoga Allah memberkati kalian semua.

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..bila nak ke sana lagi agaknya...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template