Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob telah membuat satu cadangan kepada kerajaan agar mempertimbangkan usia persekolahan kanak-kanak Malaysia bermula pada seawal 6 tahun. Kata beliau "negara-negara Eropah termasuk Singapura sudah lama mengamalkan pendidikan di peringkat sekolah rendah bermula pada usia enam tahun". (berita lanjut)
- Kurikulum untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun perlu lebih santai dan tidak terlalu banyak. Hari ini kita menggunakan tema mingguan untuk merancang pembelajaran kanak-kanak. Oleh kerana terlalu banyak tema (42 tema untuk 42 minggu persekolahan), ia seolah-olah memaksa kanak-kanak menerima pelajaran yang mereka belum bersedia menerimanya.
- Fokuskan pembejaran kepada perkara asas yang paling utama iaitu 3M iaitu membaca (BM dan BI) dan konsep asas matematik. Selebihnya adalah merealisasikan konsep bermain sambil belajar untuk memupuk minat kanak-kanak untuk datang ke sekolah.
- Guru-guru prasekolah adalah dari kalangan mereka yang benar-benar minat dan menjiwai peranannya. Sebahagian guru prasekolah kerajaan hari ini adalah keluaran KPLI atau DPLI adalah produk 'mi segera' yang mana guru Tabika Kemas adalah jauh lebih baik dari mereka (ada yang bagus, tapi banyak tak bagus).
"Pendidikan Untuk Semua".
0 comments:
Post a Comment