Sepanjang 4 tahun di UPSI, inilah kali pertama program seumpama ini diadakan. Pernah saya berbincang dengan Prof. Isahak haron (beliau ada 2 tadika), katanya kebanyakan Orang Islam Malaysia sangat kurang menceburi bisnes tadika sehingga ada yang menghantar anak-anak mereka ke tadika non-Muslim kerana kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Idea untuk membuat program ini telah bermain di fikiran saya ketika semester 2 lagi. Ketika itu saya memanfaatkan cuti semester dengan bekerja di salah sebuah tadika swasta di Shah Alam. Ada satu broucher dihantar ke tadika kami "Seminar Pendaftaran dan Penubuhan Tadika" anjuran Persatuan Tadika Malaysia (PTM). Yurannya RM80.00, ahli PTM ada diskaun. Teringin sangat saya nak pergi, tapi yurannya terlalu tinggi. lalu saya berazam membawa program ini masuk ke dalam kampus untuk semua rakan-rakan khususnya program Pendidikan Awal kank-kanak (PAKK) dan saya sendiri. 6 sem telah berlalu, akhirnya jadi juga program ini pada sem ni. yurannya hanya RM5 untuk semua pelajar.
Rata-rata yang buka bisnes tadika adalah mereka yang tidak berlatar belakang Pendidikan Awal kanak-Kanak, mereka berani memulakan perniagaan sendiri. Sudah tentu ia lebih seronok dan tidak terikat dengan kurikulum KPM sepenuhnya. Bagi yang tidak berhasrat memulakannya pada masa terdekat, seminar ini sedikit sebanyak boleh memberi idea baru bagaimana pemilik tadika swasta menarik perhatian ibu bapa ke tempat mereka. Persaingan mendorong mereka untuk memberi yang terbaik.
Dengan ini, saya menyeru semua rakan-rakan termasuk di luar program PAKK, ketahuilah bahawa kita semua yang berada di landasan program pendidikan ini mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kerana 4 tahun masa kita di UPSI adalah bergelumang dalam dunia pendidikan.
Ayuh pecahkan tembok kotak pemikiran kita dengan menghadiri program ini!
Satu lagi program yang menarik dari Biro Akademik dan Kerjaya adalah Eksplorasi Buku ini. Kelainan program ini adalah ia menampilkan penulis buku itu sendiri, Pak Latip. Sudah tentu ulasannya adalah dari hati yang menulis. Bagi mahasiswa/i yang tidak kuat untuk membaca buku selain nota kuliah, program ini akan memberi anda input yang cukup bermakna walaupun ianya tidak setanding menghadamkan seluruh kandungan buku tersebut.
Bagi yang menyintai ilmu dan sukakan cabaran, ayuh kita baca dulu buku ini dan sama-sama menghadiri wacana ini dengan sedikit pengetahuan dan beberapa persoalan. Tidak semua yang ditulis adalah jelas kerana sirah yang hebat ini dihidangkan dalam bentuk novel. Moga-moga segala persoalan anda terjawab di sini. Jom, hebohkan ia!

"Ketakutan itu muncul dari ketidaktahuan...."

0 comments:
Post a Comment