Wednesday, August 19, 2009

Praktikum Minggu Ke-11


Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu ke-11 saya berpraktikum di Sek. Keb. Behrang atau lebih popular sebagai Behrang International School (BIS) di kalangan guru-guru lelakinya . Banyak pengalaman yang ditimba dari guru-guru dan juga murid-murid. Kemahiran mengurus dan mengawal kelas memerlukan masa dan pengalaman. Tidak cukup sekadar teori dan imaginasi, ia perlu dipraktikkan.

Beberapa pesanan saya untuk rakan-rakan yang akan berpraktikum :
  • Sediakan diri anda untuk menjadi guru secukupnya. Tingkatkan kemahiran komunikasi dan interpersonal. Ringankan tulang dan mulut. Kita bukan hanya berdepan dengan murid yang pelbagai ragam, malah turut berdepan dengan ibu bapa dan persekitaran sekolah yang terdiri dari tukang sapu hingga guru besar atau pengetua. Tempatkan diri anda dalam masyarakat sekolah sewajarnya. Saya banyak belajar dari rakan saya, Cikgu Iswadi.
  • Sediakan bahan bantu mengajar sebanyak-banyaknya. Waktu di kampus adalah sebaik tempat untuk mengumpul bahan terutamanya bahan ICT. Kumpul bahan dari rakan-rakan dan simpan dalam CD sebagai jaminan. Hard disk saya dah rosak satu, bahan-bahan yang saya kumpul dulu tak dapat digunakan lagi. Kekuatan yang boleh kita tonjolkan adalah menggunakan ICT dalam p&p.
  • Disiplinkan diri untuk bersiap awal. Siapkan rancangan mengajar awal, gosok baju awal dan kesekolah awal-awal pagi. Sukar untuk mengubah sikap yang telah dibiasakan selama menuntut di kampus. Kita yang sudah biasa siapkan asigment last minit akan menghadapi masalah menyiapkan rancangan ,mengajar tepat pada waktunya. Kalau siap pun, terpaksa tidur lewat malam. Esok kena ke sekolah awal-awal pagi. Penat dan tidak menceriakan bagi seorang guru prasekolah. Semua nasihat ini untuk saya khususnya.
Berikut adalah sebahagian gambar yang dirakamkan bersama murid Prasekolah BIS :

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND



MELUKIS BENTUK BADAN MANUSIA PADA KERTAS MAJONG



Bberapa aktiviti luar terpaksa ditangguhkan ekoran menularnya virus H1N1. Doakan saya agar observe kali kedua nanti lebih baik dari yang pertama. Mudah-mudahan kalian juga bersedia untuk praktikum dan menjadi seorang guru yang baik.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template