Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk mengikuti program tahunan terbaik untuk manusia yang masih hidup : "Tarbiyyah Ramadhan". Ada orang telah pergi, ada juga yang masih hidup tetapi kesihatan pula tidak begitu mengizinkan, ada yang menyambut ramadhan di wad hospital dan sebagainya. Jika kita masih sihat dan tidak sibuk, bersyukurlah. Inilah peluang terbaik untuk kita membentuk kembali disiplin cara hidup seorang hamba yang sepatutnya.
Kata seorang ustaz, Ramadhan boleh dianalogi seperti mengikuti program pengajian di universiti. Dalam tempoh 4 tahun kita wajib mengikuti kursus-kursus yang telah ditetapkan. Akhirnya mereka yang berjaya lulus setiap kursus berkenaan akan mendapat scroll ijazah dari canselor. begitu juga dengan Ramadhan, hanya mereka yang cemerlang dalam menjalani kursus-kursus tertentu layak untuk meraikan 'Idulfitri pada 1 Syawal nanti. Puasa mata, tangan, kaki, mata dan mulut. Solat sunat tarawih, witir, qiamulail, bersahur dan bertadarus adalah antara kursus yang perlu dilalui di bulan ini.
Sama-sama kita berusaha keras membentuk diri dengan harapan mudah-mudahan kita layak untuk merayakan 'Idulfitri nanti dan kita terpilih bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 nulan. aminnn..

0 comments:
Post a Comment