Wednesday, March 10, 2010

Selamatkan Sekolah Agama Rakyat!

Suatu ketika dahulu, heboh satu Malaysia apabila kerajaan ingin mengambil alih SAR. Ada yang tewas dan ada yang masih setia mempertahankan SAR biarpun isunya telah sejuk dan mungkin sebahagian kita telah pun melupakannya. Setelah masuk bulan ketiga, baru saya memahami bahawa untuk menghidupka sebuah sekolah di luar arus perdana (sekolah kerajaan) memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Tidak hairanlah jika dilaporkan banyak sekolah agama rakyat yang tidak mampu dipertahankan.
Wlaupun di sekolah saya hanya mempunyai 61 pelajar berserta 8 orang guru dan tidak mempunyai kelengkapan yang cukup seperti perpustakaan, makmal sains dan bilik sumber, namun perbelanjaan menguruskannya melebihi RM20,000 setiap bulan! Sebahagian besar perbelanjaannya bergantung kepada yuran pelajar (bagi anak yatim tiada bayaran dan anak asnaf pula ikut kemampuan) dan sumbangan luar yang tidak menentu cukup membebankan.

Saya juga kagum dengan ibu bapa yang member kepercayaan kepada sekolah bukan milik kerajaan ini untuk mendidik anak mereka. Terlalu besar pertaruhan yang diberikan. Namun tidak kurang juga yang memandang sekolah sebegini sebagai tempat pemulihan akhlak. Anak-anak yang telah ‘liar’ atau sukar dikawal dihantar ke sekolah sebegini untuk memastikan anak mereka menjadi manusia.

Ini adalah sebahagian dilema dalam mempertahankan sekolah agama rakyat. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Jemari, mudir MTDQ yang begitu tabah menghadapi segala dugaan ini sejak 21 tahun yang lalu. Saya berharap dapat mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template