Sunday, June 13, 2010

Dewan Himpunan Penyokong Pas - Langkah Terbaik Untuk Perpaduan Negara

Saya melihat satu perkembangan besar telah berlaku dalam politik negara apabila PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) pada 23 Mei lalu. 5 tahun lalu, PAS menubuhkan kelab penyokong PAS yang mendapat sambutan hangat yang keahliannya melebihi 20,000 orang. Hal ini telah mendorong PAS mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menubuhkan DHPP.

Secara dasarnya, PAS telah membuka ruang interaksi yang luas kepada 'non-muslim' untuk mengenal Islam dengan lebih terbuka dan telus. Ini adalah kerana ahli DHPP telah ber'bai'ah' untuk mematuhi perkara berikut :
  1. Menjunjung dasar perjuangan PAS.
  2. Mentaati arahan pimpinan.
  3. Menjaga nama baik PAS
Apapun, diharapkan perubahan yang berlaku ini akan membawa masa depan negara ke arah yang lebih bersatu padu, tanpa prajudis dan rakyat saling berkasih sayang antara satu sama lain.

Wallahu'alam.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template