Satu pengalaman manis buat saya apabila menjadi salah seorang pelakon untuk Teater Kanak-Kanak di UPSI tahun ini. Secara peribadi banyak perkara yang perlu diperbaiki jika benar cadangan menggunakan teater sebagai salah satu kaedah pengajaran di sekolah.
Banyak manfaat yang boleh diambil dari teater kerana bagi kanak-kanak bercerita tiada galang gantinya sejak kecil lagi, inikan pula cerita tersebut dipersembahkan secara langsung.
Sebelum ke UPSI lagi, saya antara penggemar aktiviti seni tanah air kita. Antara pementasan teater yang sempat saya saksikan adalah 'Alang Rentak Seribu' di Istana Budaya tiga tahun yang lampau. selepas itu saya juga menyaksikan persembahan pelajar UiTM dan kumpulan teater lain di Terengganu. Tetapi yang paling best adalah 'Alang Rentak Seribu'.
Berbalik kepada penglibatan saya secara lansung dalam teater, perkara yang cukup menggelisahkan saya adalah pergaulan lelaki dan wanita. walaupun ada pihak yang berhujah bahawa jika ia untuk mendidik masyarakat dan memperolehi markah yang baik (teater ini membawa 10 markah) maka pergaulan lelaki dan wanita itu 'halal' walaupun kadang-kadang melewati batasan agama dan budaya.
Saya cuba menjaga pergaulan saya. tetapi selepas beberapa kali menjalani latihan bersama produksi, perasaan malu saya kian hilang dan menipis hasil daripada latihan menghilangkan perasaan malu yang diadakan.
Pada saya, secara fitrahnya harga seorang wanita terletak pada perasaan malunya, sedang lelaki pada penjagaan pandangan matanya. Jika ia dipaksa untuk meninggalkan fitrah dirinya, ianya adalah satu kesakitan pada jiwanya walaupun zahirnya kelihatan 'sporting' sahaja.

2 comments:
Rezeki kita bukan pada tangan manusia... kenape sanggup membelakangkan larangan Allah semata-mata nak dapat 10 markah? Akhirat esok jawablah!
Aku insan lemah! Hanya membenci dengan hati....
Post a Comment