Selesai mengikuti kursus “SOUL POWER” pada jam4.20ptg (penutup program tak join), saya dan Fadhiri bertolak ke KL atau ke Masjid Seri Petaling yang setepatnya. Sdr Hanif terpaksa pulang ke Tanjong Malim kerana beliau akan balik ke Kelantan keesokan harinya.
Perjalanan ke Seri Petaling sangat menguji ketabahan kami. Dengan menunggang jentera 4 lejang berplat DAJ 4727 kepunyaan fadhiri kami menetapkan hati kami supaya sampai juga ke tempat tujuan. Hujan lebat serta angin kencang memaksa kami berteduh di sebuah pondok hentian bas selepas melaui Kg. Rasa Tambahan. Oleh kerana masa yang semakin petang, kami meneruskan jua perjalanan walaupun hujan masih tidak berhenti. Bersolah Asar di Rawang dan akhirnya tiba di Masjid Seri Petaling kira2 jam 7.15p.m. selepas tersesat jalan.
Kami berusaha juga untuk datang juga pada hari ini (sabtu) kerana ini adalah malam markaz bagi jamaah tabligh lembah kelang. Tetapi suasana pada malam ini sangat meriah kerana ia bertepatan dengan waktu cuti persekolahan dan cuti semester, maka sangat ramai karkun yang beriktikaf di sini. Sebahagian besar daripadanya akan keluar pada keesokan harinya.
Selepas bayan maghrib dan solat isyak, kami turun ke kawasan perniagaan untuk membeli barang2 keperluan. Disinilah saya berkesempatan membeli minyak wangi (atar) secara borong utk dijual di kolej nanti... mudah-mudahan perniagaan ini diberkati, Insyaallah. Doakan bisnes baru saya ini. (sem ni dah x berniaga nasi lemak lg selepas 5 semester)
Saya sangat terharu melihat solat subuh berjemaah di sini. Tiadalah pernah lagi saya berada dalam suatu keadaan dimana solat subuhnya seperti solat jumaat melainkan di masjid ini. Semoga Allah merahmati jamaah ini dan juga kami yang berada dalam saf2 yang tersusun rapi itu.
Jika ingin bercerita tentang jamaah tabligh, saya tidak mempunyai maklumat yang cukup. Walaupun ada cakap2 orang yang tidak seronok kita mendengarnya, bagi saya itu adalah kesilapan individu2 yang berada dalam jamaah ini bukanya dasar jamaah ini. Secara adilnya jika kita tidak pernah menkaji secara adil dan teliti sistem yang ada didalamnya, tidak pernah ‘keluar’ bersama mereka atau duduk bersama dalam mesyuarat harian mereka dengan hati yang terbuka, maka saya menasihatkan agar jangan sesekali kita menghukum mereka.
Semoga hasrat kita untuk melihat Islam kembali menjadi perlembagaan tertinggi dalam kehidupan segenap manusia tidak pernah pudar, mudah-mudahan kita adalah salah seorang yang memberi sumbangan untuk Islam walaupun sekadar menyokong apalagi mengajak masyarakat ke masjid dan menghidupkan sunnah Nabi S.A.W.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment