Wednesday, June 24, 2009

100 Post


Alhamdulillah, saya telah 'post' artikel, gambar, mutiara kata dan sebagainya sebanyak 100 post ke blog ini. Agak sedikit dan perlahan jika dilihat pada usianya telah masuk tahun ke-3. Ternyata saya masih perlu banyak belajar.

Bulan ini, artikel saya bertajuk "Halatuju Selepas Alam Persekolahan" telah dipaparkan dalam majalah Milenia Muslim keluaran Jun 2009. Terima kasih kepada pihak Milenia. dan juga rakan-rakan yang membantu khususnya Ahmad Fathi.

Saya memaksa diri saya dan menggalakkan rakan-rakan supaya menulis, terutama di zaman mahasiswa. Kita tidak akan bertemu zaman yang indah dan serba idealis sebegini lagi. segalanya tidak mustahil bagi mahasiswa kerana kita tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi, tidak makan gaji malah bebas dari sebarang tekanan luar. Kita bebas memilih; bersetuju atau mengkritik. Bersetuju tidak bermaksud menyokong, mengkritik tak pula bermakna membangkang. Idealis. Inilah zamannya. Saya semakin hampir meninggalkannya.

Pada semester 2, saya pernah menulis surat kepada editor Berita Harian. Menyatakan rasa tidak puas hati saya kepada seorang pemimpin dalam sebuah jabatan kerajaan. 2 hari kemudian, surat saya keluar dalam ruangan "Surat Pembaca" Berita Harian. Saya terkejut dan cemas. Wakil jabatan kerajaan itu datang ke UPSI. Orang tertanya-tanya siapakah yang menulis surat itu? Barulah saya tahu maksud ungkapan "pena itu lebih tajam dari mata pedang!".

Kepada rakan-rakan, menulislah. Mungkin tak menarik, tapi inilah "tulisan saya pada usia 26 tahun". Masa akan merubah pemikiran kita. 10 tahun lagi tentu tidak sama. Menulislah. Nasihat untuk saya juga.

p/s : kepada rakan-rakan Sekretariat Minggu Suai Kenal, maaflah saya tak dapat bergerakerja sepenuh masa bersama kalian sebab tengah praktikum. Insyaallah, hari pendaftaran nanti saya full time bersama kalian.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template