
Antara perkara yang diperkatakan ahli panel, apakah perkara pokok yang ingin disampaikan penulis melalui novel Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem?. Bagaimana fakta-fakta sejarah hidup Salahudin Ayubi diolah dalam bentuk genre novel Islam dan apakah pendekatan dalam memastikan keaslian fakta tersebut?.
Tuan Mohamad Kamal bin Kamarudin, mencadangkan supaya judul “Penakluk” itu ditukar kepada perkataan yang lebih sesuai. “Jerusalem” pula ditukar kepada “Baitul Muqaddis.” Satu cadangan yang baik.
Beliau yang juga pensyarah sejarah di UPSI menggalakan Mahasiswa dan Mahasiswi membaca novel tersebut agar nilai-nilai murni dan semangat pahlawan terbilang itu dapat dijadikan tauladan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Beliau yang juga pensyarah sejarah di UPSI menggalakan Mahasiswa dan Mahasiswi membaca novel tersebut agar nilai-nilai murni dan semangat pahlawan terbilang itu dapat dijadikan tauladan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Sebagai penulis buku ini saya merasakan Explorasi novel Salahudin Ayubi ini merupakan satu penghargaan yang pastinya memberi motivasi kepada diri ini.
Sempena majlis ini diadakan jualan novel sejarah Islam dan buku-buku lain yang diterbitkan PTS. Ramai juga yang membelinya. Alhamdulillah.
Mereka adalah bakal pendidik dan pemimpin.
Terima kasih diucapkan kepada Nur Aqilah Hanis Mohd Yusof dan barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana kerana menjayakan majlis ini.
Gambar-gambar adalah ihsan daripada Cik Nazalia binti Lokman dan Nur Afiti binti Mohd Basri.
Dipetik dari blog Pak Latip.
p/s : Tahniah dan terima kasih kepada semua ajk dan peserta yang menjayakan program ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebaikan daripadanya.
1 comments:
slm..
novel ni ada jual dh ke? berapa rial sebuah? kalo beli melalui pos guana? pasal kawe dok ngajar jauh di pedalaman susah nk dptkan stok lagu ni...
Post a Comment