Hari Isnin baru-baru ni(19 Jun 06) kami ada buat perjumpaan antara ibu bapa dan guru-guru yang mendidik anak-anak mereka di tadika. Ibu bapa diberi peluang melihat hasil kerja anak-anak mereka dan berjumpa face to face dengan guru yang bertanggungjawab mengajar anak mereka. Saya juga bertanggungjawab sebagai guru yang mengajar bacaan Bahasa Melayu secara interpersonal.
Rupanya banyak pekara yang menarik dalam pertemuan ini.
1. Ada parent yang tak tahu pun anak dia dah pandai baca doa makan. "Anak saya tak tahu apa-apa cikgu" katanya. "Aiman, cuba Aiman baca doa makan", sekali anak dia boleh baca dengan lancar, tambah gurunya lagi "Dia juga boleh baca doa lepas makan, cuba Aiman baca doa lepas makan". Sekali baca dah betul. Apalagi terkejutlah parentnya "saya tak tahulah cikgu, Aiman tak cakap pun"
2. Ada kanak-kanak yang tak tahu dia belajar apa kat sekolah. Pernah mak dia tanya "Aiman buat apa kat sekolah?" dia jawab apa? "Main lego dari pagi sampai balik!". Betapa letih rasanya gurunya yang mendengar aduan ibunya ini, tetapi ibunya faham usaha yang telah dibuat oleh pihak tadika.
3. Ada juga parent yang minta home work untuk anaknya dilebihkan. Ada juga yang tak mahu anaknya diberi homework kerana mereka nak hantar anaknya pergi ke kelas malam!
4. Ada kes kanak-kanak yang di rumahnya tidak menggunakan BM tetapi menggunakan bahasa Tamil, jadi dia sukar berinteraksi di sekolah. Lebih sukar lagi, neneknya cakap Cina, ayahnya cakap Tamil dan maknya cakap Melayu! Kasihan pada si anak keliru dengan bahasa-bahasa tersebut.
5. Tadika kami menekankan agar kanak-kanak menggunakan kata ganti diri 'saya' semasa berkomunikasi. Baru-baru ni kami menerima seorang murid yang berasal dari Sabah dan dia menggunakan kata ganti diri "aku" dalam perbualannya dengan rakan-rakan termasuk dengan guru. Perkara ini memerlukan masa yang panjang untuk diubah.
Banyak lagi lah kalau nak cerita!
Thursday, June 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment