Dah lama saya tidak menulis dalam blog ni. Mungkin kerana tak ramai yang membaca catatan ini antara faktor yang me'malas'kan untuk menulis. sebenarnya banyak pekara yang boleh dicatatkan di sini lebih-lebih lagi pengalaman berada di tadika swasta selama 5 minggu sewaktu cuti semester yang lalu. Kata orang jika kita menulis satu helaian setiap hari, sewajarnya kita boleh menulis 365 helaian setahun. Mungkin boleh buat novel yang agung di zaman ini. Tapi tulah.... saya terlalu 'sibuk'!! Mengalahkan perdana menteri agaknya kesibukan saya ini.
Yang terbaru ingin dikongsi adalah pegalaman bersama masyarakat di kampung Kelawar baru-baru ini. Sebenarnya saya mula menjejak kaki ke kampung ini adalah untuk menyiapkan tugasan Bacaan Awal Kanak-kanak semester lepas di Tabika Kemas Kg. Kelawar. Walaupun masa berlalu, saya selalu kesana membaca buku cerita untuk kanak-kanak di tabika tersebut jika ada masa terluang dan untuk menghilangkan keboringan saya sendiri. Semester ini dah 3 kali saya kesana. Bulan Julai lalu saya bersama seorang teman berpeluang bergotong-royong bersama ibu bapa di tadika tersebut. Ini adalah kerana tabika ini telah dicalonkan untuk pertandingan AJK cemerlang di peringkat kebangsaan. Sebenarnya yang hadir pada hari itu majoriti adalah kaum ibu. Kata cikgu Ira (guru tabika tersebut, sebaya dengan mak saya lah!), pada waktu inilah berlaku interaksi antara ibu bapa dengan guru. Seronok juga mendengar perbualan dalam bahasa Kapar yang mereka gunakan. Habis gotong royong, hari pun dan panas, kami balik dengan bekal nasi lemak, mee goreng dan roti... "Susah-susah" je...
Hari Ahad (13 ogos 2006) seminggu lalu, saya menerima sms dari anak cikgu Ira (pelajar PSR), meminta saya turut sama hadir dalam gotong-royong kerana panel hakim akan datang pada keesokan harinya. Malangnya saya terpaksa pergi ke KL memenuhi janji dengan seorang teman untuk perjumpaan alumnai rumah sewa UTMKL. Ingat nak balik petang tu, tetapi tiket bas pulak habis dek kerana penangan PC fair di KLCC pada hari tersebut. Camnepun saya dijemput juga untuk hadir pada keesokan harinya semasa lawatan panel hakim. Terkejut betul saya ramai sangat orang kampung yang ada kat tabika pada hari itu. Ada yang ambil cuti dan ada yang sanggup balik semula lepas punc card di upsi. Saya duduk bersama AJK kampung tersebut semasa sesi taklimat oleh ketua kampung kepada panel hakim tentang usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memantapkan Tabika Kemas Kg. Kelawar termasuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak mereka. Dimaklumkan ramai juga bekas pelajar tabika tersebut yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan mempunyai kedudukan yang boleh dibanggakan oleh tabika tersebut. Selesai ketua kampung berucap, ketua panel hakim pula memberi komentar. Yang saya paling tidak percaya adalah sewaktu dia menyabut tentang UPSI lantas AJK kat situ mendakwa saya adalah wakil dari UPSI!! Maka menggunung tinggilah harapan ketua hakim tersebut agar pihak UPSI dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan tabika tersebut memandangkan upsi mempunyai pusat penyelidikan Kanak-kanak. Apalah yang boleh saya buat selain menganggukkan kepala tanda setuju dengan permintaan mereka... sehingga sekarang masih tak percaya!!
Selesai taklimat, panel hakim dijemput melawat persekitaran tadika yang saya rasa paling canggih pernah kutemui. Memang hebat. Jemputlah datang kalau tak percaya. Selesai melawat persekitaran dan bertemu dengan kanak-kanak disitu,sampailah saat yang ditunggu2. Makan tengahari telah siap terhidang. sememangnya saya tidak makan sejak pagi tadi kerana bercadang hendak puasa pada hari Isnin bulan rejab pulak tu. So, saya tak boleh buat apa2... melainkan terpaksa 'berlakon' makan dengan mereka. Makan besar hari tu. Habis 2 pinggan nasi!!
Semalam, 19 ogos 2006, saya bertemu samsul (anak cikgu Ira) memberitakan Tabika Kemas Kg. Kelawar telah menang dalam kategori AJK terbaik di peringkat kebangsaan mengalahkan sebuah lagi Tabika Kemas di Losong, Terengganu. Tahniah untuk semua yang terlibat. Saya selaku 'wakil' UPSI tumpang gembira....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment