Tuesday, August 29, 2006

Kenduri di Temerloh

Pada hujung minggu lalu (25-27 ogos 06) saya mengikuti kursus di PULAPA Jengka untuk subjek Kokurikulum. Hari Ahad (27 hb) kami melakukan praktikal turun dari tingkat 4 menggunakan tali. Namun pada hari itu, saya terpaksa pulang awal untuk menghadiri kenduri Kahwin sahabat seperjuangan di UTMKL dulu.
Sahabat saya, Suhaimi memandu Iswara dari Tanjung Api, Kuantan singgah di PULAPA ambil saya. Kami ke Temerloh. Memang menjadi adat kat sini kenduri habis awal berbeza dengan tempat saya yang biasanya habis lepas asar. Kami tiba lebih kurang jam 2.32ptg, Saudara Mahmud begitu ceria pada hari itu. Al-maklum lah orang baru terima akad pagi tadi.
Menghadiri kenduri bertemu rakan-rakan lama mengingatkan kita pada masa lalu. Saudara Amin datang bersama anak perempuan yang montel. Saudara Afif juga dah ada anak perempuan juga, skarang sedang menunggu untuk yang kedua. Terasa benar saya agak ketinggalan dalam bab ni... Maklumlah kalau nak tunggu habis belajar, 2009 nanti baru habis. Sahabat saya mungkin dah ada anak 3 time tu, sedang mungkin saya baru plan nak cari teman hidup! Wakaka!!

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template