Thursday, December 04, 2008

Temuduga Kemasukan Disember 2008

2 DIS 2008 (UPSI) – Saya berkesempatan menemubual beberapa orang ahli keluarga yang menghantar anak, adik mahupun kaka mereka untuk temuduga kemasukan Disember ini.
Encik Omar bin Abdul Rahman dari Pendang, menghantar adiknya untuk temubual kemasukan Program Bimbingan dan Kaunseling. Sebelum ini, adiknya, Fatimah yang memiliki Diploma Akaun dari Kolej Universiti Insaniah, Kedah telah Berjaya melalui ujian bertulis di USM. “saya berharap adik saya akan menjadi guru yang baik jika beliau berjaya dalam bidang perguruan ini”, katanya.

Saudara Helmi, 19, yang sedang menuntut di UniKL menemani kakak iparnya untuk temuduga kemasukan Program Pendidikan Islam. Kakaknya memohon masuk ke UPSI dengan kelulusan diploma dari Kusza.

Saya juga berpeluang menemubual seorang guru yang telah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang pendidikan. Cikgu Ahmad Khatib bin Sanusi, 60, telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Guru esar di Sekolah Seri Ampang, Ipoh. Beliau yang mesra dengan panggilan “cikgu” menghantar anak perempuannya untuk temuduga kemasukan ke program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sebelum ini, anaknya telah menamatkan pengajian diploma Pendidikan Awalkanak-kanak di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak. Anaknya bercita-cita untuk membuka tadikanya sendiri. “Cikgu” menegaskan bahawa seorang guru mesti memiliki jiwa yang besar. “Be a real teacher” katanya dalam bahasa Inggeris. Katanya lagi, “murid cukup terkesan dengan tingkahlaku seorang guru. Jika hari ini seorang guru memakai gelang getah, esok mesti ada murid yang mengikutnya”.

“Cikgu” menegaskan bahawa seorang guru mesti memiliki jiwa yang besar. “Be a real teacher” katanya dalam bahasa Inggeris. Katanya lagi, “murid cukup terkesan dengan tingkahlaku seorang guru. Jika hari ini seorang guru memakai gelang getah, esok mesti ada murid yang mengikutnya”. Saya lebih banyak mendengar apa yang diluahkan oleh Cikgu Ahmad. Terlalu banyak kata-kata nasihat yang cukup berharga untuk bakal guru seperti saya dan rakan-rakan di UPSI. Di hujung perbualan kami timbul persoalan di kepala saya “sudah bersediakah aku untuk jadi seorang guru?”.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template