Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan ke Lembah Kelang bertemu rakan-rakan alumni UTMKL. Sayangnya saya tidak mempunyai kamera untuk merakamkan semua pertemuan singkat ini.
Saya bertolak dari Tanjong Malim ke Taman Melati, bertemu Angoh dan beberapa orang junior yang berkerja di KL. Lepas tu ke Putrajaya bertemu rakan-rakan alumni UTM Skudai. Kami sempat makan tengahari bersama mereka di Medan Selera Persint 8.
Lewat petang itu menuju ke rumah Abg Sabir. Meminjam kata-kata Subky Latif "dia guru, dialah kawan". Itulah Abg Sabir, senior yang banyak membantu saya di UTMKL.
Malam itu saya dan Che Ngoh bermalam dirumah sahabat-sahabat UTMKL. Keesokan paginya makan nasi lemak bersama-sama. Pukul 11 pagi bertemu En. Fathi, bertukar-tukar idea sambil mendapatkan nasihat untuk kebaikan bersama. Solat Zohor di Suarau Al-Falah, Taman Melewar Gombak. Akhir sekali menziarahi Abang Ahmad & Kak Sal yang baru sahaja 6 hari menimang cahaya mata kedua. Alhamdulillah, mudah-mudahan ditambah rasa kebahagiaan mereka sekeluarga.
Lebih Kurang jam 5.40 petang, bertolak balik ke Tg. Malim menaiki motosikal yang dipinjam dari Akmal Madzir. Azan Maghrib berkumandang sebaik sahaja saya sampai ke Kg. Pinang Tambahan. Fuh! penat, tetapi amat menyenangkan.
Malam tadi surau Kg. Pinang Tambahan amat meriah sekali. Kuliah Maghrib pertama yang diuruskan oleh sdr Ijan mendapat sambutan di luar jangkaan. Orang kampung ini yang pandai memasak menyebabkan Ust Zul dan kami tak sempat nak merasai semua lauk kerana lauk yang terlalu banyak melebihi nasi. Tahniah kepada Ijan dan terima kasih penduduk Kg. Pinang, semoga perjuangan anda untuk mendapat surau yang tetap diberkati dan dikabulkan, insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment