Monday, January 05, 2009

SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI UPSI

TAHNIAH dan syabas kepada semua mahasiswa/i yang terpilih melanjutkan pengajian di UPSI. Kepada pelajar senior, bersyukurlah kerana kita masih lagi berpeluang berada di kampus pada semester ini. Dengan tempoh masa yang singkat ini, marilah kita sama-sama memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

Kata Prof. Dr. Hamka “Nikmat illahi ada di sekeliling setiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung, dan ada di lembah. Tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang ada di sekeliling itu, dia hanya melihat kekurangannya. Yang sentiasa diperhatikannya nikmat yang ada di tempat lain, yang di tangan orang lain. Kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia menyesal dan teringat pulang, iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penyesalan lagi…”


Apapun, sama-samalah kita meningkatkan kecemerlangan diri masing-masing agar kita benar-benar bersedia untuk menjadi guru yang unggul suatu hari nanti.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template