
Alhamdulillah, kini saya sudah berada di semester ke-7 di UPSI. Insyaallah semester hadapan, saya akan berpraktikum dan seterusnya bergelar siswazah keluaran UPSI, satu-satunya universiti yang beridentitikan pendidikan di negara kita. Namun, jika ditanya “adakah anda telah merasai dunia masiswa yang sebenarnya?”, saya masih kelu dan ragu-ragu untuk memberikan jawapan yang jujur dan ikhlas dari hati. Saya memetik apa yang telah di tulis oleh salah seorang Sasterawan Negara , Prof. Emeritus Shahnon Ahmad ( Utusan Malaysia 1992) :
“Seharusnya kampus universiti adalah gelanggang berdialog, berdebat, bertukar-tukar fikiran dan pentas membentangkan idea-idea yang bernas supaya lebih bernas lagi. Wujud suasana keintelektualan dan keilmuan dalam perhubungan antara para mahasiswa, antara mahasiswa dengan professor-profesornya, professor-profesor madyanya dan pensyarah-pensyarahnya, antara dunia teori dalam kampus dengan dunia realiti di luar kampus.”
“Hasil dari suasana keintelektualan itu seharusnya kampus universiti mampu melahirkan siswazah yang bijak berkomunikasi, yang pantas befikir, yang cepat menyambut soalan, yang tahu membawa diri dalam sebarang situasi di luar kampus, yang berani mempertahankan kebenaran yang diyakininya, yang kreatif, yang bermotivasi dan yang tajam daya sensitivitinya terhadap setiap pergolakan. Seharusnya begitulah sifat para siswazah kita”.
Sebenarnya saya amat berharap peluang berkumpulnya para cendikiawan dan juga mahasiswa di kampus dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari formula penyelesaian kepada masalah masyarakat. Lalu membawanya ke alam nyata apabila tamat pengajian nanti.
Apa pandangan anda selaku mahasiswa?
0 comments:
Post a Comment