Monday, February 16, 2009

JEMPUTAN MENJADI AHLI PANEL

Alhamdulillah, semalam saya menerima kunjungan daripada rakan-rakan DPLI di pejabat MPP. Kunjungan mereka kali ini adalah untuk menjelaskan kepada saya skop perbincangan dalam forum yang akan mereka anjurkan iaitu “Kerelevenan Bahasa Inggeris dalam P&P”.

Pada mulanya apabila dimaklumkan tentang forum ini minggu lepas, saya hanya membayangkan hanya akan hadir sebagai wakil MPP sebagai pendengar sahaja, rupa-rupanya mereka mengharapkan saya menjadi ahli panel! Mereka meletakkan saya sebagai wakil mahasiswa bersama seorang pensyarah iaitu En. Ariffin dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai ahli panel dan moderatornya adalah pelajar DPLI lepasan UIA (bekas peguam).

Saya mengambil peluang untuk menerima tawaran ini dengan 2 sebab. Pertamanya, ingin membuktikan bahawa mahasiswa UPSI tidak hanya tahu berbicara tentang dunia disekeliling mereka sahaja, tetapi boleh bersama-sama berkongsi idea, berforum, berbahas dan berani menyatakan pendirian mereka tentang isu-isu yang melibatkan dasar negara. Keduanya, saya jarang sekali mendapat peluang sebegini, peluang untuk saya memperbaiki kemahiran berkomunikasi, memberi idea dan memperbaiki kemahiran insaniah saya, maka alangkah ruginya kalau saya menolak. Ia seolah-olah Allah S.W.T telah menghantar seorang guru datang kepada saya, lalu berkata “Arif, di sini ada satu peluang untuk mentarbiyyah diri kamu menjadi manusia (guru) yang lebih baik, apakah kamu sudi menerimanya? ”.

Insyaallah, saya akan memberikan yang terbaik untuk forum ini. Kepada rakan-rakan mahasiswa/i yang berkelapangan, dijemput datang bagi memeriahkan lagi forum ini :

TARIKH : 23 FEBRUARI 2009 (ISNIN)
WAKTU : 4.30 – 5.45 PETANG
TEMPAT: DKM, UPSI.

“Ya Allah, tiada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan…”

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template