Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. ~Osman Affan.
Saya tidak suka bercakap tentang perkataan bodoh sebenarnya kerana ia amat sensitif dan kalau disalah guna akan mendatangkan akibat yang tidak baik dalam jangka masa panjang. Saya selalu ingatkan sahabat-sahabat saya agar jangan sekali-kali menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada pelajar kerana kesannya sangatlah tidak baik.
Apa yang kita perlu ingat ialah, bodoh ini bukan satu sifat. Maksudnya, kalau tak tau jawab soalan, itu bukan bodoh. Kalau gagal dalam peperiksaan itu bukan bodoh. Bodoh ini ialah satu sikap. Ia adalah satu sikap anda bila anda merasa terlalu pandai dan mula tidak mahu mendengar nasihat atau pendapat orang lain.
Disekolah, saya pernah bertemu dengan murid sebegini. mereka ini selalu mencari kesalahan guru dan mentertawakan guru jika guru ada membuat kesilapan. Elakkan sejauh-jauhnya daripada menjadi pelajar sebegini.dipetik dari : www.MotivasiBelajar.com
0 comments:
Post a Comment