Wednesday, February 18, 2009

DIALOG BERSAMA PELAJAR


Alhamdulillah, semalam En. Ghani dari pihak akademik UPSI telah mengadakan dialog bersama mahasiswa/i sem 7 yang telah melakukan Latihan Industri (LI) pada tahun lepas bertempat di Auditorium Utama. Dialog ini adalah ekoran daripada persoalan berbangkit yang sampai kepada saya yang telah saya ajukan kepada En. Ghani pada minggu lepas.

Isu utama yang berlegar sepanjang perbincangan tersebut ialah :
  1. Walaupun gred tidak diberikan bagi LI, namun kredit tetap dikira dalam kiraan PNGS yang menyebabkan pointer jatuh.

  2. Mahasiswa memohon agar LI mereka dikira dalam jumlah kredit dan diberi gred kerana telah banyak masa, tenaga dan fikiran yang dikorbankan dalam LI dan menyiapkan laporannya.

Hasil dialog ini, beberapa tindakan yang akan diambil iaitu :

  1. En. Ghani mohon diberikan tempoh seminggu untuk beliau menyelesaikan isu kiraan kedit yang menjatuhkan pointer iaitu sehingga hari Khamis depan.

  2. Saya akan membuat surat permohonan kepada pihak akademik agar LI pelajar tahun lepas dikira dalam jumlah jam kredit dan diberikan gred.

Walaupun ada beberapa masalah bagi LI yang baru dimulakan tahun lepas ini, Presiden Persatuan Kemahiran Hidup, Sdr. Fahmi tetap menyokong agar LI diteruskan kerana ia memberikan input yang penting kepada bakal guru terutamanya bagi mereka yang belum pernah mengalami pengalaman bekerja.

Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ghani dari pihak akademik di atas inisiatif yang diambil dan memberikan saya peluang bercakap. Tidak lupa juga kepada mahasiswa/i yang hadir kerana memberikan kerjasama yang baik dan menjaga adab-adab sopan sepanjang dialog diadakan. Mudah-mudahan dialog seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template