Wednesday, May 20, 2009
Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009
Majlis Perwakilan Pelajar dari seluruh IPTA dan 3 IPTS telah berkampung selama 5 hari di UTHM. Delegasi UPSI seramai 22 orang turut serta dalam konvensyen yang dihadiri lebih dari 400 wakil MPP dari seluruh Malaysia.
Di akhir konvokesyen tersebut, perwakilan telah sebulat suara untuk menyampaikan resolusi kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga tindakan yang perlu dilaksanakan di peringkat universiti masing-masing. Resolusi dibuat berdasarkan 4 aspek utama berkait rapat dengan mahasiswa iaitu kepimpinan, sahsiah, akademik dan juga keusahawanan.
Antara resolusi yang paling penting pada saya adalah, menggesa pihak KPT melaksanakan subjek pendidikan agama secara bersepadu di universiti tanpa berorientasikan peperiksaan. Ini adalah permintaan seluruh perwakilan mahasiswa, dan ia juga adalah manifesto yang saya perjuangkan sejak dari awal sebelum menyertai MPP. Sesungguhnya telah wujud kesedaran yang tinggi di kalangan pemimpin pelajar, bahawa masalah kebejatan sosial yang kian meruncing dan kritikal di negara kita perlu diselesaikan melalui pendidikan agama.
Walaupun perjalanan untuk melaksanakannya masih jauh, saya yakin dan percaya ia pasti akan menjadi kenyataan jika pimpinan mahasiswa yang terpilih ke Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bulan Jun nanti boleh membentangkan ia dengan baik dan bertegas kepada para menteri dan ahli parlimen bahawa ia adalah satu keperluan yang sangat kritikal mutakhir ini. Mudah-mudahan kita berjaya.
Persoalan yang perlu dibahaskan oleh mahasiswa adalah, pendidikan agama (saya fokus kepada pendidikan Islam) yang bagaimana mereka inginkan? Mohon respon rakan-rakan mahasiswa sekalian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment