Thursday, May 14, 2009
Bilik Kuliah UPSI Macam Pusat Tuisyen - Kosmo!
"Universiti Rumah Kedai" tajuk muka depan akhbar Kosmo! hari ini. Sebenarnya isu yang dipaparkan bukanlah baru berlaku sehari dua ini. Sejak saya mula menjejak kaki ke UPSI pada 25 Dis 2005 sehingga saya melangkah untuk praktikum 25 Mei 2009 begitulah keadaan dan suasananya.
Pernah seorang guru yang telah bergraduat berpesan kepada saya "MPP patut perjuangkan isu ini. Universiti lain yang ditubuhkan kemudian daripada kita pun dah lama dapat kampus baru". Seingat saya, hampir setiap pertemuan dengan pihak kementerian, MPP sejak dulu lagi bertanyakan tentang hal ini. Namun,kedaannya tetap sama. Walaubagaimanapun, projek kampus baru UPSI masih berjalan tetapi 'tidak laju' sahaja.
Pelbagai alasan yang diberikan; harga barang naik, ekonomi lembap dan segala macam lagi. Apa yang mengelirukan mahasiswa adalah tentang kemana hilangnya bajet yang telah diluluskan sebelum ini? Dah habis pakai ke? Apapun, saya berharap dengan pendedahan terbuka yang dibuat hari ini akan menyedarkan pihak berwajib untuk bertindak secara praktikal bukan sekadar bertanam tebu ditepi bibir sahaja.
Perlu diingat UPSI adalah salah satu harapan rakyat Malaysia kepada kepimpinan baru kabinet Datuk Seri Najib berdasarkan sejarahnya yang sangat signifikan dengan kemerdekaan dan pendidikan negara.
Berita lanjut(klik disini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment