Thursday, May 07, 2009

Masa Lapang Sebelum Sibuk!


Alhamdulillah, pelajar UPSI telah selamat menduduki peperiksaan akhir untuk sem 2 sesi 2008/09. Semoga kita semua berjaya. Bermula minggu lepas lagi, siwa/i UPSI mula meninggalkan kampus menuju ke kampung masing-masing. Cuti telah bermula.

Disini saya menyeru kepada diri saya dan semua rakan-rakan agar memanfaatkan sepenuhnya waktu cuti yang ada. Antara aktiviti yang boleh kita sama-sama lakukan adalah :
  1. Menolong Ibu bapa di rumah. Lebih-lebih lagi keluarga yang susah, gunakan peluang ini untuk meringankan bebanan mereka. Paling tidak tolong kemaskan rumah, basuh pinggan dan masak-memasak. "Anak yang baik adalah anak yang tidak membiarkan orang tuanya bersusah-susah sedangkan mereka ada bersama ketika itu".
  2. Mencari pengalaman kerja. Cubalah apa sahaja jenis pekerjaan asalkan halal. Banyak manfaat yang kita akan dapat. Berkomunikasi dengan ramai manusia yang bermacam-macam kerenah. Paling tidak cuba beranikan diri bertanya pada mana-mana tempat (bagi yang tak pernah kerja) , "Ada kerja kosong tak?". Lebih baik mencuba dan gagal daripada gagal mencuba.
  3. Membaca buku. Jika anda tidak kuat untuk melakukan perkara diatas, manfaatkan masa anda dengan membaca. Dalam tempoh 2 bulan, berapa buku yang boleh dihabiskan. Semalam saya berjumpa dengan seorang pensyarah upsi, beliau telah menghabiskan sebuah buku autobiografi Tun Dr. Ismail dalam masa seminggu sambil terkejar-kejar 'making' jawapan final exam. Yang menariknya buku itu dalam Bahasa Inggeris. wow!
  4. Mengajar secara percuma. Inilah masa terbaik memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk dicurahkan pada orang kampung. Tawarkan diri pada makcik-makcik, jiran-jiran dan warga taman atau kampung kita yang ada anak sekolah. Takkan nak ajar matematik tahun 2 pun tak boleh kot? Paling tidak pun ajar adik-adik kita. minta diorang jemput kawan-kawan datang kerumah masa cuti sekolah pertengahan tahun nanti (1-14 JUN). Yang buat ROS, boleh offer kat pelajar yang kita kenal.
  5. Menganjurkan program atau melibatkan diri dalam mana-mana program khidmat masyrakat. Contohnya apa yang dibuat oleh sahabat saya, Wan Nasron (bekas presiden persatuan Pengguna UPSI) di kampungnya. Program untuk pelajar lepasan SPM yang bakal masuk universiti dan matrikulasi (Klik Disini). Tahniah untuk beliau dan rakan-rakan.
Sebenarnya, banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh dilakukan diwaktu cuti semester yang panjang begini. Anda lebih memahami situasi diri masing-masing. Apa sahaja yang diusahakan, mudah-mudahan ianya bermanfaat dan kita semua tidak termasuk dalam golongan yang rugi sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah Al-Asr, beerti :

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali Orang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Ingat, gunakan masa lapang sebelum sibuk. Pesanan untuk saya juga.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template