Pemenang Britain’s Got Talent, Susan Boyle, 47,
membuatkan manusia berfikir bahawa jika anda berusia,
hodoh, tidak bekerja atau orang kampung
anda masih boleh menawan hati semua.

Saya terbaca artikel dari sebuah akhbar online tentang Susan Boyle yang memenangi program Britain's Got Talent (Klik kat sini), terus saya mencari tentang beliau di you tube. Ternyata saya adalah orang yang ke-54,587,903 yang menonton video tersebut (Klik disini).
Apa yang boleh dikatakan, Susan Boyle adalah salah satu contoh manusia yang mungkin dulunya tiada nilai disisi guru dan rakan-rakannya kini diiktiraf memiliki bakat yang terpendam oleh rakyat Britain dan seluruh dunia.
Pengajarannya, jika anda adalah seorang ibu, bapa, guru, dan semua yang telah dewasa usah sekali melabelkan seseorang dengan perlbagai persepsi negatif. Sebaliknya, lihatlah mereka dengan pertimbangan yang adil. Mungkin dia tidak cemerlang dalam akademik dan tidak cantik, tetapi pasti ada kelebihan yang Tuhan anugerahkan padanya yang tiada pada orang lain. Howard Gardner juga telah mengiktiraf 9 kecerdasan manusia lebih 20 tahun lalu.
Mudah-mudahan kita semua melihat peristiwa ini sebagai satu pengajaran, lebih-lebih lagi bakal guru. Selamat berpraktikum kepada sem 8 dan selamat bercuti pada semua.

0 comments:
Post a Comment