Sunday, May 31, 2009

Kami Bertolak Jam 10 Pagi Esok

Insyaallah, kami (MPP 15 orang, Rakan Exco 5 orang dan beberapa orang pegawai HEP) akan bertolak ke Kemboja esok. Penerbangan Air Asia jam 3 petang. Kami akan berada di Kampung Takeo selama 5 hari dan juga keluar menziarahi kampung-kampung sekitarnya dengan membawa sumbangan. Kalau ada peluang akan naik bot kesana.

Beberapa persiapan modul telah kami rancang untuk dilaksanakan di Kampung Takeo iaitu ;
  1. Slot Kerohanian (bimbingan wuduk dan solat)
  2. Mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  3. Nyanyian lagu Bahasa Melayu (Rasa Sayang, Tanya Sama Pokok)
  4. Slot Kesihatan (bimbingan memberus gigi, memotong kuku dan kebersihan diri)
  5. Permainan (sukaneka bersam kanak-kanak dan ibu bapa)
Selain itu juga, kami telah mengumpul pakaian terpakai, peserta aqiqah (2 ekor lembu), telekung solat wanita dan beberapa lagi buah tangan untuk diagihkan ke bebrapa buah kampung. Terima kasih kepada semua penderma.

Sebagai persediaan, saya mendapatkan maklumat dari catatan rakyat Malaysia yang pernah kesana. Insyaallah, maklumat ini banyak membantu. Antara website yang sempat disinggah :
  • http://hutanhujanku.blogspot.com/
  • http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=679
  • http://myselebriti.com/2009/04/12/kemboja-kaya-sejarah/
  • http://satuumat.blogspot.com/2007/11/kisah-umat-islam-di-kemboja.html
  • http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-349391.html
  • http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18237&Itemid=59
Baru saya tahu nilai maklumat yang dicatat walaupun secara santai. Doakan kami semua selamat. Insyaallah balik nanti saya akan berkongsi pengalaman yang diperolehi disana.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template