Thursday, June 11, 2009

Saya Dah Balik!

Saya telah selamat mendarat ke Malaysia ketika hampir waktu Maghrib (waktu Malaysia) 8 Jun 2009 lalu. Banyak kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna yang boleh dikongsi bersama dari program baktisiswa Kemboja ni. Cerita selanjutnya akan diperincikan selepas saya mendapatkan gambar dari rakan-rakan yang lain. Maklumlah, saya belum ada kamera peribadi.

Ini adalah kali pertama saya keluar negara. Penerbangan menaiki pesawat Air Asia sejauh lebih 1,100 km merentasi Laut Cina Selatan, melaui Thailand dan masuk ke Malaysia mengambil masa 1 jam 40 minit dengan ketinggian 10,900 kaki atau 3,600 meter dari aras laut pada kelajuan 850 km/j.

Sepanjang penerbangan balik, cuaca agak baik, kebetulan seat 5A yang saya dapat adalah tepi tingkap. Hampir 90 % tumpuan saya pada permandangan diluar, melihat dunia dari 'kaca mata burung'. Insaf, bersyukur dan takut juga. Insaf melihat dunia ini terlalu kecil, siapalah kita nak besar diri sangat kat bawah tu. Bersyukur kerana terlalu banyak nikmat Allah bagi, yang kita tak pernah ambil tahu selama ni. Segalanya telah diatur dengan baik untuk kita. Takut? Takut sebab masa duk kat hotel, tengok rancangan TV "the best video" tentang seekor burung termasuk dalam kipas kapal terbang masa nak naik, lalu enjinnya tak dapat berfungsi dengan baik! Alhamdulillah, semuanya selamat. 10% lagi saya 'terpaksa' makan nasi lemak yang dah ditempah Pn Yatie secara online. Mahal, RM9 satu, air mineral RM4 satu.


p/s : Selamat bercuti sekolah dan selamat pengantin baru pada rakan-rakan yang berkahwin. Maaf, tak dapat hadir kenduri kalian sebab time tu duk di Kemboja.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template