Tuesday, August 04, 2009

Mansuh ISA : Ahli Akademik Perlu Ke Hadapan

Salam perjuangan untuk rakan-rakan. Saya menerima beberapa kritikan dan pandangan yang berbeza lantaran kenyataan yang dikeluarkan berhubung Demonstrasi Mansuhkan ISA. Dato' Saifuddin, Timb. Menteri KPT pula sekadar memberi jawapan ringkas "... kalau ia HALAL saya setuju..." malah tidak setuju jika dikatakan mahasiswa di'eksploitasi'.

Ada beberapa perkara yang terasing tetapi dibincangkan secara campuraduk dan beremosi :
  • Kebebasan Bersuara/berhimpun.
  • ISA itu sendiri.
  • Penglibatan mahasiswa.
  • kesesakan lalu lintas, gangguan ke atsa peniaga, orang ramai dan sebagainya.
Saya kira pihak kerajaan dan media telah cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu "Mansuhkan ISA" kepada isu kesesakan lalu lintas, pelancong asing lari, orang nak berniaga pun susah dan sebagainya. Media pula menakut-nakutkan rakyat tentang ugutan bahawa mereka yang masih ditahan akan didakwa dan mengulang-ulang isu yang sama. Kebanyakan yang terpilih memberi pendapat di televisyen adalah mereka yang bias pada kerajaan. Mengapa tidak ahli akademik? Mereka perlu ke hadapan dan jujur memberi pandangan kepada masyarakat.

Saya masih menunggu kenyataan ahli akademik yang berani khususnya dari UPSI, menyatakan pandangan berdasarkan hujah dan ilmu mereka. Sedangkan penjual air tak berlesen di Masjid India pun bebas memberi pandangan, takkan pensyarah kita tak seberani mereka? Ayuh, tunjukkan kami jalan yang sebetulnya.

Mahasiswa juga adalah kelompok yang tiada kepentingan dalam isu ini. Mereka adalah generasi muda yang boleh berfikir dan sangat responsif dengan persekitaran. Saya mengucap tahniah kepada rakan-rakan MPP UIA yang telah membuat wacana bersama keluarga tahanan ISA di kampus mereka. Dengan itu mereka mendapat maklumat terus dari sumber pertama, bukannya momokan atau ejekan mereka yang tidak mengalaminya. Di UPSI agak sukar untuk di laksanakan. Kalau berani, jadikan "Mansuhkan ISA" tajuk terkini suara siswa.

Bebalik kepada ISA. Sebenarnya ISA telah busuk namanya ekoran tindakan pimpinan negara sebelum ini yang telah menyalahgunakan tanpa bukti yang kukuh. Buktinya ramai yang dibebaskan tanpa sebarang kesalahan yang benar-benar boleh menggugat negara. Prof. Siddiq Baba, Saari Sungip dan Ustaz Siddiq Nor adalah antara mereka yang telah saya temui sendiri. apabila mereka dibebaskan tanpa pembuktian kesalahan, bermakna penahanan mereka tanpa bicara selama 4,5,6 tahun sebelum itu adalah silap dan berkepentingan!

Secara peribadi, saya mencadangkan kerajaan mansuhkan terus ISA dan gubal akta baru yang dipersetujui bersama. Semua pemimpin sayangkan negara, termasuk pembangkang, NGO dan mahasiswa. Saya tetap optimis, suatu hari nanti (mungkin di zaman generasi muda hari ini yang memerintah) ISA tetap akan dimansuhkan!

1 comments:

HJ. MOHD NOR IZZAT BIN HJ. MOHD JOHARI said...

assalamualaikum saudara arif..

mungkin banyak alasan dr kita sendiri tentang isu ISA ini tp masih bukan hak kita lagi utk mempertikai kerajaan tentang isu ISA ni.

saya xberpihak kpd mana2 parti politik tetapi saya suka melihat di sudut positif tentang sesuatu isu.

ISA perlu dimansuhkan..mmg patut dan kadang-kala ISA xperlu lagi dimansuhkan kerana byk perkara lagi yg perlu kita selidik ttg org2 yang ingin menjatuhkan Malaysia.

soalan dari saya,

arif hendak tgk negara kita dijajah smula?

arif nak tgk org Malaysia sendiri menjual negara kita ini?

macam mana arif nak tahu siapa dalang yg ingin menjatuhkan malaysia?

macam mane kita nak halau pengkhianat negara yg nak jual negara kita?

byk lagi kita leh pertikai ttg ISA ni tapi mungkin xperlu kita nak membuat rusuhan seperti yg jadi aritu...

arif ada di sana?
tau mcm mane rase org yg xbersalah terhimpit masa itu?
arif dengar maki hamun oleh pihak perusuh?

klu arif ada,mesti arif tertanya2,mana pegangan ISLAM?
atau mungkin arif akan bertanye pada diri arif,diorg ni umat ISLAM ke?

saya cuma bagi pendapat saya.. :)

lawat la blog sy pulak.... :)

norizzat.blogspot.com

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template