Saya menerima sms bertalu-talu dari orang kampung saya yang menyertai perhimpunan 'aman' menuntut "Mansuhkan ISA" semalam. "FRU menembak gas pemedih mata dan menggunakan water canon menyuraikan perhimpunan". "Kami sedang berlari, polis dan FRU mengepung kami". "Saya terperangkap dalam Pertama Copmplex. Polis tangkap orang..." dan bermacam-macam lagi. Sukar untuk saya memberi komen. Malam tadi, TV3 melaporkan Dato' Khaled Nordin pula memberi kenyataan "akan mengambil tindakan tegas kepada mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut". Kenapa sampai begitu sekali? Pelbagai persoalan bermain di kepala. Saya mencari maklumat dari beberapa media alternatif. Berikut adalah gambar yg di temui:
Apa yg sedang berlaku di negara kita ini? Kelihatan pihak keselamatan menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan tersebut.
Apa yang saya faham, negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen. Semua orang termasuk rakyat jelata mempunyai hak untuk bersuara. Perhimpunan aman sebegini sepatutnya tiadak ada masaalah untuk dilakukan. Langsung tiada ancaman kepada negara jika hujah pihak kerajaan adalah kuat untuk mempertahankan ISA.
Contoh yang rapat dengan saya adalah di sekolah, sesetengah guru merasa tercabar apabila ada segelintir pelajar yang mempersoalkan pengajaran guru atau kadang-kadang pelajar kelihatan lebih bijak dari gurunya. Lalu guru tersebut menggunakan 'kuasanya' untuk menutup mulut pelajarnya. Di beri amaran keras, supaya tidak banyak soal. Adilkah guru itu? sejak bila bertanya soalan atau bersuara itu satu kesalahan?
Dalam isu ini, saya memohon agar semua pentadbir khususnya pihak kerajaan agar berlaku adil. Akta ISA mungkin sesuai 43 tahun yang lalu, namun ia bukan Kalam dari Tuhan yang langsung tidak boleh di persoalkan. Saya juga tidak lihat pihak kerajaan menyediakan medium yang kondusif untuk menggantikan rapat umum seperti ini. Jika benar pihak kerajaan jujur, ikhlas dan berani sediakan medium yang betul seperti debat secara langsung di kaca TV. Mengapa takut jika hujah pihak kerajaan adalah kukuh dan benar. Buktikan kepada semua.
Semoga demokrasi terus matang dan semangat "1Malaysia : Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di Utamakan" tidak hanya tinggal slogan yang menjadi gula-gula hanya semasa perubahan pucuk pimpinan negara sahaja.
Mungkin slogan "1 suara" juga kurang sesuai kerana bertentangan dengan konsep demokrasi. Mohon respon rakan-rakan yang sedang bercuti.
p/s : saya mengirim pesanan melalui facebook kepada Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri KPT berbunyi " salam. dato' semalam saya menonton TV3. Dato' Khalid Nordin memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mahasiswa yang terlibat dalam rapat umum mansuhkan ISA. Persoalannya, mengapa mahasiswa tdk boleh terlibat dalam rapat umum bersama rakyat? sedangkan org kampung, petani, nelayan, tukang sapu, penjual surat khabar yg tak mengaji di universiti bebas datang berhimpun. Adakah mahasiswa lebih rendah intelektualnya dari mereka? monon respon dato'". Sama-sama kita tunggu jawapannya.
1 comments:
tahniah..anda berani..ttpi beranikah anda bl anda juga diserang sebegini apabila mengajar nanti?
Post a Comment