Saturday, September 05, 2009

MPP perlu Buat AGM

Gambar hiasan.

Saya telah mencadangkan kepada YDP agar MPP melakukan Mesyuarat Agung untuk membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang satu penggal pemerintahan. Ianya seperti persatuan lain tetapi peralihan kepimpinan adalah melalui pilihanraya kampus.

Cadangan ini juga mengambil kira setiap mahasiswa yang berdaftar di UPSI perlu membayar yuran khusus untuk MPP iaitu RM80.00 setiap orang. Maka setiap mahasiswa berhak untuk mengetahui sejauh mana penggunaan wang tersebut untuk mereka. Setai kali sesi pengambilan akan membawa masuk ratusan ribu wang ke akaun tabung amanah MPP. Pada awal Januari lalu MPP mempunyai lebih RM500,000.00 dalam akaunnya.

Saya juga dimaklumkan MPP lain seperti UIA akan mengadakan AGM setiap tahun, walaupun mereka hanya diberi bajet RM20,000 sahaja untuk satu sesi pemerintahan.

AGM ini juga akan membuka ruang seluas-luasnya kepada semua mahasiswa untuk bersoal jawab secara terus dengan pimpinan yang dipilih pada pilihanraya lalu. AGM ini juga akan menjadi medan untuk pimpinan menerima teguran dan boleh meminta maaf kepada mahasiswa andaikata terdapat disana hak rakan mereka telah diabaikan selama satu penggal pemerintahan ini.

Sesungguhnya MPP adalah satu MAJLIS PERWAKILAN yang fungsinya melangkaui persatuan biasa yang boleh membawa usul sehingga ke peringkat nasional. Apa yang MPP kita bawa ke persidangan MPP kebangsaan yang lalu? Semua orang tidak tahu. Maka AGM adalah medan terbaik untuk kita menyatakan semua usaha yang telah dijalankan secara terus kepada mahasiswa.

Saya bimbang jika MPP tidak bersikap telus kepada mahasiswa, maka pilihanraya kampus akan hanya menjadi satu permainan untuk meraih populariti dan mengaut keuntungan peribadi.

Semoga cadangan ini membawa kebaikan untuk semua pihak.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Ana sangat2 setuju buat AGM. walaupun ana dah habis belajar kat UPSI, namun, masih ambil tahu pasal UPSI dati jauh. SOKONG 100% usul pasal AGM. sebab, sepangajng 4 thun di UPSI, ana x brapa tahu ke mana RM 80.00 X 4 duit ana di laburkan.
Tahniah sebab mencetuskan satu perubahan dalam MPP. Semoga terus mantap dalam pentas MPP.

-noraida yusoff-
Ijazah sarjana muda pendidikan matematik sesi 05/06-08/09

mukhsen_x said...

salam. ariff, rindu la ko punya nasi lemak..hoho.

thoyyibah said...

subhanallah..
banyaknya duit..mudah la nk buat aktiviti..
kami di IPG jgnkan kata nk kutip duit pelajar, nk buka akaun atas nama MPP pn xleh..AKTA 174 byk menyekat kami..
semoga duit itu digunakan sebaiknya...

thoyyibah said...

subhanallah..
banyaknya duit..mudah la nk buat aktiviti..
kami di IPG jgnkan kata nk kutip duit pelajar, nk buka akaun atas nama MPP pn xleh..AKTA 174 byk menyekat kami..
semoga duit itu digunakan sebaiknya...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template